Tuesday, June 22, 2010

Hanya nukilan.....

Setiap perkara yg ku rasakan di dalam hati bercampur baur seperti ada ribut yg dtg menhentamnya. Setiap persoalan tiba didalam pemikiran yg menjadikan fikiran ku sempit untuk menerima kenyataan ini. Layakkah aku untuk aku dicintai atau layakkah aku untuk mencintai. Namun apa yg harus aku lakukan untuk menghindarkan perasaan ini, dan siapakan yg mampu mengajarku dan memberi pedoman kepadaku bahawa cinta yg aku pilih ini adalah cinta yang sangat terlarang. Tiada siapa yg tahu dan faham apakah yg terukir mahupun yg terpahat luka di dalam hati aku. Ingin aku luahkanya,binasa yg akan menunggu ku. Apakah yang mampu aku lakukan. Ya tuhan kenapakah kau berikan aku sekeping hati ini yg tak pernah mengerti bahawa cinta yg ku pilih itu adalah suatu larangan. Hati aku meronta siapakah yg tahu. Setiap hari aku hanya memuja tanpa mampu untuk meluahkannya, tapi aku tetap tabah dalam apa jua keadaan. Ku cuba untuk menguatkan hati aku dan aku cuba untuk mengajar diri ku bahawa kenyataan tetap kenyataan dan aku tidak boleh merubah kenyataan, tapi kenapakah hati aku ini begitu bodoh memilih cinta yg tidak akan menjadi kenyataan ini...kenapa...kenapa..Setiap hari aku mencuba mencari cinta yg sebenar tapi semuanya hampa belaka. kenapa aku masih di belenggu cinta ini dalam setiap perkara yg aku lakukan. Kenapa cinta yg tidak patut hadir ini memilih aku untuk didampinginya. Kadang-kadag aku rasa malu bahkan aku rasa aku tak suka diri ku sendiri namun itu jugalah yg aku lakukan. Kenapakah aku begitu bodoh membenarkan diri aku ini di perangkap oleh cinta ini.......kenapa.......???

Hati yg berdarah siapa yg tahu. Setiap senyuman dan hilai tawa yg aku lemparkan pada org sekeliling aku hanyalah untuk menutup kelukaan hati aku,namun didalamnya hanya aku yg menanggung seksa. Naluri aku kuat untuk meluahkanya tpp aku takut akn di binasakan. Namun begitulah hidup aku setiap hari. Hanya mampu memuja malaha hanya mampu mengintai dari jauh untuk aku mengagumi seseorang untuk aku cintai. Setiap lagu yg ku dengari seolah-olah memerli dan mengutuk aku. Malah mengiyakan sahaja bahawa aku tidak dapat menerima takdir bahawa cinta itu bukan untuk diriku...

Kerinduan yg aku alami tidak seindah kerinduan yg sejati. Kasih yg menyiksa jiwa aku ini tidak dpt aku hindarkan. Aku ini hanya insan biasa yg sangat jijik pada pandangan mata siapa pun. Aku hanya mampu berdoa,tapi mahukah tuhan merima malah mendengar setiap doa ku mengenai cinta ini. Walau sejauh mana dan selama mana aku menunggu,cinta yg ku idam ini tidak akan datang mendakap ku...Apa yg harus aku lakukan....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
--
layakkah aku untuk mencintai britney spears??????? Ohh NOOOOOOOO
kuang3 @_@

*tulisan di atas hanyalah sebagai satu nukilan sahaja...tiada kena mengena dgn siapa skali pon...(berbakat gak aku nih)....huhuhuhu

lagu ni fav aku wat mase nih...perghh berhantu siot lagu nih....huhu

Masih aku terasa-Gersang

Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu

Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah

Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi...

*bila aku dengar lagu nih,aku lak yg terasa...huhu...slamat mendengar....